Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Koperasi Malaysia seperti berikut :
Jawatan:
1. PEGAWAI LATIHAN GRED E9
Jadual Gaji:
Minimum : RM2,250.00
Maksimum : RM11,110.00
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2024 (Selasa)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.
Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKMa keseluruhannya.
Pada tahun 1968, IKMa telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (Pindaan 2019) [Akta A1589] berkuatkuasa pada 5 Mei 2019 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKMa supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.