Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) [24 Disember 2024]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) seperti berikut:-




Jawatan:


1. FASILITATOR PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL, DAN KOMUNITI
(BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM)


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Disember 2024


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Agama Islam Melaka JAIM-mehkerja

Sejarah:

Sebelum Melaka mencapai kemerdekaan melalui Persekutuan Tanah Melayu, tidak wujud Institusi Agama Islam yang ditubuhkan oleh Penjajah Inggeris untuk mengurus segala perkara berkaitan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Melaka. Setelah mencapai kemerdekaan, timbullah hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah institusi yang bertanggungjawab bagi mentadbir Hal Ehwal Agama Islam di Melaka. Maka pada 1 Rabiul Awal 1380H bersamaan 28 September 1960M, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah ditubuhkan dengan rasminya dimana upacara perasmian diadakan di bangunan No. 272, Jalan Tengkera, Melaka dan bangunan ini menjadi bangunan pertama Pejabat Agama Islam Negeri Melaka.

Ketika penubuhan, Jabatan Agama Islam Melaka telah dikendalikan oleh seorang pegawai bersara selaku Yang Dipertua Jabatan Agama Islam dan dibantu oleh seorang kerani. Beliau bertanggungjawab untuk membentuk dan mengatur pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka. Orang yang pertama memegang jawatan Yang Dipertua ialah Tuan Hj. Mohd. Amin Bin Imran.

Previous Post Next Post