Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR (KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI)
Ringkasan Bidang Tugas:
1. Bertanggungjawab menguruskan infrastruktur, prasarana kampus, kebersihan, pengurusan inventori dalaman bahagian dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan termasuk urusan keselamatan dan juga bertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas lain sepertimana diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
2. Menguruskan segala tugas dan tanggungjawab di bawah fungsi utama Bahagian Pengurusan Fasiliti seperti pengurusan bangungan, peyelenggaraan harta benda, kebersihan, keceriaan & keselamatan dan inventori.
3. Bertanggungjawab merancang, mentadbir dan menguruskan Bahagian Pengurusan Fasiliti.
4. Membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam menguruskan hal ehwal keselamatan kampus, penyelenggaraan bangunan & harta benda, keselamatan dan juga perkhidmatan kebersihan di KPBKL.
5. Memantau dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kakitangan Bahagian Pengurusan Fasiliti.
Sebelum atau pada 22 Disember 2024 (Ahad)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).
Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.