Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti berikut :-
Jawatan:
MARA SARAWAK
1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA5
Gaji Minimum (Sijil Kejuruteraan) : RM1,731.00
Gaji Minimum (Diploma Kejuruteraan) : RM2,055.00
Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2024 (Selasa)
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
1. JURUTERA GRED J9
2. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV9
3. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV5
4. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV1
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J1
Tarikh tutup Permohonan : 12 Januari 2025 (Ahad)
Pengenalan
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.