Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Majlis Daerah Sik dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA5
2. PEMBANTU KHIDMAT AWAM H1
3. PEMBANTU KHIDMAT AWAM H1
(KEMAHIRAN DALAM BIDANG ELEKTRIK)
Tarikh tutup permohonan : 28 Mei 2024 (Selasa)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Klik Untuk Baca Iklan Jawatan
Latar Belakang
Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan seluruh Daerah Sik ialah 1,635,457.65 hektar ( 1,634.6 km persegi). Jumlah penduduk di Daerah Sik adalah sebanyak 71,261orang. Kepadatan kasar penduduk adalah 38 (penduduk per kps). Daerah Sik mempunyai empat mukim iaitu Mukim Sik (57,042.38 hektar), Mukim Sok (80,549.00 hektar), Mukim Jeneri (12,691.00 hektar) dan Mukim Teloi (13,175.27 hektar). Keluasan kawasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik ialah 1356.053 hektar (13.56053 km. persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5, Kuala Begia dan Sik Dalam.