Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Majlis Daerah Tampin dalam jawatan seperti berikut :-
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA5
2. PENOLONG JURUAUDIT W5
3. PEMBANTU AKAUTAN W1
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1
5. PEMBANTU PERKHIDMATAN AM H1
6. PEMBANTU KESELAMATAN KP1
Tarikh tutup permohonan : 30 Disember 2024 (Isnin)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar.
Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan:
- Bandar Tampin
- Pekan Gemencheh
- Gemencheh Lama
- Gemencheh Baru
- Batang Melaka
- Air Kuning Selatan
- Gedok
- Gemas