Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tapah (MDT) seperti berikut:-
Jawatan:
1. JURU UKUR BAHAN GRED J9
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA5
Tarikh Tutup : 31 Disember 2024 (Selasa)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Majlis Daerah Tapah ( MDT ) telah ditubuhkan pada 01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 179,078.80 hektar. la merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai/ Kampung Menderang, Sidor/Teluk lntan, Tapah/Cameron Highlands dan Temoh/Teluk lntan.Sebelum Majlis Daerah ditubuhkan, Daerah Satang Padang ini ditadbir dan diuruskan oleh beberapa Lembaga Sandaran serta Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan.