Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) seperti berikut:
Jawatan:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9
Gaji:
Minimum (RM) : 2,250.00
Maksimum (RM) : 11,110.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM350 (Tertakluk kepada penempatan)
2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J1
Gaji:
Minimum (RM) : 1,500.00
Maksimum (RM) : 4,680.00
Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM350 (Tertakluk kepada penempatan)
Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2024, Jam 5:30 Petang.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah
MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.