Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Jawatan:
1. PEGAWAI PERUBATAN GRED 24
6 Kekosongan
2. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
1 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2024 (Ahad)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia, berperanan untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan sosial melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.