Jawatan Kosong Terkini di Pusat Pungutan Zakat MAIWP [31 Disember 2024]

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Pungutan Zakat MAIWP seperti berikut:-




Jawatan:


1. EKSEKUTIF LATIHAN MODAL INSAN
Gaji & Elaun : RM 2,860.00


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2024 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Usaha untuk merubah dari yang baik kepada lebih baik bukanlah mudah. Justeru pada awal tahun 1990 bahawa sistem pungutan zakat boleh dilaksanakan secara sistematik, menggunakan teknologi terbaru dengan cekap dan berkesan mula dicetuskan.

Justeru cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat dikemukakan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor. Jawatankuasa petugas ini diketuai DatoĆ¢€™ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, manakala ahli-ahlinya Haji Omar Thean Abdullah, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz. Pasukan petugas ini memulakan tugasan pada 20 Disember 1989. Antara tugas-tugas kumpulan ini memberi panduan timbal balik pada kajian yang dibuat oleh satu firma perunding yang dipilih. Perkara asas yang dicadangkan dalam kajian tersebut bahawa sebuah Yayasan perlu diwujudkan oleh MAIWP. Tujuan penubuhan Yayasan mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Previous Post Next Post