Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan seperti berikut :
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N9
2. PEGAWAI SYARIAH GRED LS9
3. AKAUNTAN GRED WA9
4. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J9
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA5
6. PENOLONG JURUTERA GRED JA5
7. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G5
8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1
9. PEMBANTU VETERINAR GRED G1
10. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
11. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
Sebelum atau pada 22 Disember 2024 (Ahad), jam 11.59 malam
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.
Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.