Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang [31 Disember 2024]

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai :




Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR N9 - 4 Kekosongan


2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 - 4 Kekosongan


3. PEMBANTU KHIDMAT AWAM H1 - 2 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2024 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. SPPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan. Sebagai sebuah Badan Berkanun, SPPP bertanggungjawab terhadap pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang. Tanggungjawab yang dijalankan oleh SPPP sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 adalah untuk menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang di samping meningkatkan kemajuan, pembangunan dan penggunaan pelabuhan.

Pelabuhan Pulau Pinang yang ditadbir oleh SPPP merupakan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am.

Previous Post Next Post