Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.
Jawatan Akademik:
1. PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR GRED J14
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1
4. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1 (KAMPUS KUALA LUMPUR)
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1
7. PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) GRED N1
Tarikh tutup permohonan : 16 Disember 2024 (Isnin)
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Sejarah
Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.