Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :
Jawatan:
1. JURU X-RAY U5
2. JURURAWAT U5
3. JURUUKUR BAHAN J9
4. PEGAWAI PERUBATAN UD14
5. PEGAWAI TADBIR N9
6. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U1
7. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U1
Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2025 (Ahad)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Klik Untuk Baca Maklumat Iklan & Secara Online
Tentang UKM
Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.